Saturday, May 20, 2006

di dalam dunia ini kita tidak pernah keseorangan.ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA yg tidak pernah lupa untuk mengingati-NYA dan beribadat kepada-NYA.Jika ada sesuatu yang menimpa kita,jangan mudah mengalah pada takdir yang mendatang atau menyalahkan takdir itu kerana ALLAH sentiasa adil pada hamba-NYA.Lagipun ALLAH tak akan berikan dugaan yang tak mampu kita hadapi.Kalau tidak tenang,hadaplah DIA.Insya-ALLAH DIA tidak akan hampakan kita.Dalam setiap kedukaan pasti ada rahmat yang tersembunyi.Kita tak pernah hilang dari ditimpa masalah,dilanda kekusutan,namun akhirnya bahagia pasti dikecapi.Setiap yg berlaku ada hikmahnya tetapi kadang-kala kami belun dapat merasai hikmah itu.

Ya Allah,hambamu perlukan Mu.

No comments: